Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

APA SAYA BOLEH BUAT?

KELUARAN: 1 [15.4.2014]
APA SAYA BOLEH BUAT?
Anda adalah graduan university?  Sedang mencari kerja?  Sudah pasti anda telah banyak menghadiri Karnival-karnival kerjaya.  Telah banyak wang dihabiskan untuk urusan print dan Photostat resume.  Telah banyak resume yang dihantar.  Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang?

Minggu ini, Mr. R nak berkongsi kepada pembaca.  Semua usaha yang telah dibuat, apa lagi yang boleh saya lakukan?  Hanya tunggu panggilan interview bukan?  Saranan Mr.R, kita cari kerja part-time.

Mungkin ada yang akan berkata, saya lulusan universiti takkan saya nak bekerja jadi waiter di restoran?  Jawapan Mr.R, mengapa tidak?  Pekerjaan yang pertamalah yang akan membuka langkah kita menuju kea lam pekerjaan.  Kita akan punya bos, kawan sekerja dan mungkin pelanggan.  Pekerjaannya mungkin biasa-biasatapi kita akan didedahkan dengan ilmu social bekerja, displin bekerja dan cara menyelesaikan masalah di tempat kerja.

Bekerja part-time juga menjadikan kita lebih matang.  Kita tidak lagi bergantung kepada ibu bapa dan kita berusaha untuk mencari wang poket sendiri.  Dengan kata lain, kita belajar untuk berdikari.  Kita belajar untuk mempersiapkan diri sebelum menjejak ke dunia pekerjaan yang lebih mencabar.


Bekerja part-time sebenarnya akan membuka minda kita mengenai dunia.  Kita akan belajar mengenai system baru dan belajar mengenai pelbagai karenah manusia.  Belajar bukan hanya dari buku.  Belajar juga bukan hanya daripada seorang guru.  Seekor burung juga boleh menjadi guru kepada kita.  Jadikan pengalaman yang kecil itu sebagai guru  untuk kehidupan kita. GRAPE DOT COM

No comments:

Post a Comment