Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

TIPS INTERVIEW

KELUARAN: 1 [15.4.2014]
TIPS INTERVIEW
Interview atau temuduga adalah jambatan pertama yang akan dilalui oleh semua graduan.  Persiapan adalah sesuatu yang begitu penting dilakukan sebelum menghadapi temuduga sebenar.  Di sini, GRAPE DOT COM mahu berkongsi sedikit itps persiapan interview yang anda boleh lakukan.
 S
ediakan soalan latar belakang buat diri anda sendiri dan sediakan jawapannya.  Buat latihan interaksi di hadapan cermin.  Soalan latar belakang adalah soalan paling asas yang akan ditanya oleh penemuduga.  Ini kerana penemuduga sendiri tidak akan ingat mengenai latar belakang anda melalui borang ataupun resume yang anda tulis. 
Bukan anda seorang sahaja calon temuduga yang hadir pada hari itu.  Anda perlu memperkenalkan diri anda dengan cara yang unik dan tersendiri supaya anda akan lebih diingati berbanding calon yang lain. 
Tujuan soalan latar belakang adalah penting buat penemuduga untuk mengenali calon yang datang pada hari itu.
Antara soalan yang perlu anda jawab sendiri adalah:
·         Nama, umur,tempat tinggal
·         Latar belakang pendidikan [bermula daripada sijil yang tertinggi.  Contoh: Degree>Diploma>SPM]
·         Pengalaman praktikal/kerja part-time yang anda pernah buat
·         Jawatan yang pernah anda sandang di universiti
·         Kelas yag pernah anda hadiri [pastikan berkaitan dengan jawatan yang dipohon]
Contoh: Kelas Grafik Designer, Kelas Fotografi,Bengkel Soft Skill
·         Anugerah yang pernah anda dapat di universiti: Pemidato Terbaik,Anugerah Dekan dsb.

B
elajar untuk senyum terutamanya buat mereka yang jarang tersenyum.  Berlatih juga untuk bercakap dengan intonasi yang ceria dan ramah.  Namun pastikan ia kelihatan normal dan tidak melebih-lebih sehingga sikap ketidak matangan kita terserlah di hadapan penemuduga.  Berlatih bercakap dengan teratur dan tidak terlalu laju.

C
ari Latar Belakang syarikat untuk pengetahuan kita sahaja.  Oleh itu apabila soalan ditanya, kita boleh kaitkan jawapan kita dengan syarikat penemuduga. 

P
enting juga untuk mengetahui siapa orang utama syarikat.  Ia sebagai pengetahuan sahaja.  Biasanya penemuduga tidak akan membuang masa bertanya anda mengenai siapa Pengerusi mereka kerana apa yang paling penting adalah mereka mahu mencari calon yang paling sesuai untuk memikul tanggungjawab jawatan yang kosong.

P

enting untuk tahu, bisnes apa yang dilakukan oleh syarikat penemuduga.  Sebagai contoh, anda memohon jawatan sebagai Eksekutif Teknologi Maklumat di syarikat Gas dan Minyak.  Penting untuk anda tahu apa skop kerja yang akan dilakukan oleh anada di syarikat ini sekiranya anda dilantik bekerja.  Soalan ini adalah soalan wajib tanya panel penemuduga.  Ia adalah sebagai satu soalan yang mahu melihat samada anda layak untuk menjawat jawatan tersebut atau tidak. GRAPE DOT COM

No comments:

Post a Comment