Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

APA SAYA BOLEH BUAT?

KELUARAN: 2 [20.11.2014]
APA SAYA BOLEH BUAT?

OLEH: MR. R


Apa saya boleh buat?  Sekarang terlalu banyak masa terluang.  Resume telah banyak dihantar.  Entah bila pula saya akan dipanggil interview?
                Minggu ini MR.R mahu kongsikan idea, apa yang anda boleh lakukan dalam waktu terluang dan senggang ini.  MR.R ada terbaca mengenai satu artikel bahawa, kebanyakan graduan lepasan universiti gagal interview disebabkan kurangnya soft skill. 


Bagi pandangan MR.R, pendapat ini tidak benar 100% kerana kebanyakan mahasiswa universiti biasanya terlibat dengan aktiviti berpersatuan.  Yang menjadi masalah mungkin keyakinan penyampaian terutamanya di dalam bahasa inggeris.  Faktor lain yang menjadi kegagalan mungkin disebabkan kurangnya keyakinan diri dan kurangnya pendedahan kepada jawapan yang lebih professional dan positif.
Sebagai seorang graduan yang bijak, anda harus mengambil inisiatif untuk memperbaiki kelemahan terutamanya di waktu terluang begini!  Waktu itukan emas!  Tapi, bagaimana?
MR.R cadangkan agar anda mengikuti kelas bengkel atau seminar-seminar  berkaitan dengan soft skill seperti:
1.       Public Speaking
2.       Soft Skill
Selain daripada itu, kita juga boleh menambah skil-skil tertentu seperti grafik, fotografi, menjahit , memasak dan sebagainya.  Sekiranya anda berminat untuk menceburi bidang kewartawanan, anda boleh mengikuti bengkel penulisan dan kewartawanan yang biasanya dianjurkan oleh penerbit-penerbit buku terkenal di Malaysia.

Cari maklumat-maklumat berkaitan melalui laman-laman social, hebahan tv atau radio walaupun dari poster-poster di sekitar tempat tinggal kita.  Ambil peluang-peluang untuk mengasah bakat dan menambah ilmu supaya nanti apabila kita dipanggil interview, kita semakin hampir kepada pakej seorang pekerja dambaan majikan.

Jangan gunakan waktu terluang ini dengan bermalas-malasan di rumah atau melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti tidur, melepak ataupun menonton filem.  Jadilah seorang yang terbaik dalam kalangan yang terbaik!   GRAPE DOT COM


ARTIKEL SEBELUM INI : APA SAYA BOLEH BUAT?: Kerja Part-Time

No comments:

Post a Comment