KATEGORI:SAJAK
TAJUK: KUNCI DUNIA
Apa kau rasa
Dunia ini telah berakhir
Bila pandangan kabur
Dek kerana suramnya cahaya
Atau mungkinkah dunia terus padam
dari pelita?
Apa kau sangka
Segala pintu telah terkunci
Tanpa kau sendiri mahu berdiri?
Apa kau ingat
Tiada lagi kudrat?
Kau letakkan kedunguan bicara
Seolah kau asing dari dunia
Seolah kau dilahirkan tanpa Pencipta
Kau dan aku adalah makhluk
Selemah aku dan sedungu Engkau
Tiada kunci tidak membuka
Tiada sungai tidak berhilir
Seburuk Engkau pun
Walau berguni-guni dosapun
Jadilah hamba!
Taruhkan dahimu di kepala kiblat
Bertasbihlah…
Segelap manapun duniamu
Akan dihulurkan cahaya dari TuhanNya
Percayalah!
Kau bukan asing
Apalagi dari Allah yang Esa
KARYA: ILI FARHANA BINTI ABDULL
RAHIM / ILFAN
No comments:
Post a Comment