Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

PILIH & CARI KERJA: TEMPAT KERJA YANG SELAMAT

KELUARAN: 2 [14.12.2014]

PILIH & CARI KERJA

Ada orang kata, asalkan ada kerja cukuplah.  Tapi, tak semua kerja itu sesuai dengan kita.  Kadang kala kita perlu juga pilih dan cari kerja yang terbaik untuk kita.

TOPIK MINGGU INI: TEMPAT KERJA YANG SELAMAT

Anda telah menerima panggilan temuduga? Kalau ya, inilah masanya untuk anda buat sedikit penyelidikan tentang tempat yang bakal menemuduga anda.  Tempat yang bakal menjadi tempat kerja anda nanti.
                        Kebanyakan calon yang telah berjaya temuduga tidak ambil peduli tentang keselamatan persekitaran tempat kerja mereka.  Aspek keselamatan adalah salah satu perkara yang perlu dilihat dalam memilih pekerjaan.
                Perkara yang perlu dilihat adalah, dimanakah lokasi pejabat atau tempat kerja anda.  Lihat samada kawasan itu adalah kawasan tumpuan manusia atau tidak.  Ada beberapa tempat kerja yang letak terpencil dari jalan utama dan tumpuan manusia.  Tempat seperti ini agak merbahaya kerana sebarang kemalangan boleh berlaku.
                Satu daripada pengalaman calon temuduga menceritakan bahawa kawasan sekitar bangunan tempat dia ditemuduga adalah kawasan perindustrian.  Kelihatan ramai pekerja asing bekerja di sekitar kawasan itu.   Kawasan itu tidak kalah seperti dalam cerita KL Gangster.


                Adalah amat penting untuk memastikan bahawa kawasan tempat anda bekerja hampir dengan capaian publik terutamanya yang melibatkan perkhidmatan awam seperti, LRT, stesyen bas dan teksi.  Kawasan yang berdekatan dengan kedai-kedai serbaneka juga membantu kita untuk mendapatkan keperluan dan capaian komunikasi dengan lebih mudah.  Persekitaran begini lebih selamat terutamanya di waktu awal pagi ketika anda hendak ke tempat kerja dan di waktu petang, ketika pulang dari tempat kerja.    GRAPE DOT COM


ARTIKEL SEBELUM INI: PILIH & CARI KERJA: TEMPAT KERJA>TEMPAT TINGGAL>GAJI

No comments:

Post a Comment