Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

PENGALAMAN INTERVIEW SAYA:INTERVIEW BERKUMPULAN

KELUARAN: 2 [14.12.2014]

PENGALAMAN INTERVIEW SAYA
DITULIS OLEH: FARHANA A.R

INTERVIEW BERKUMPULAN

Interview bentuk berkumpulan adalah satu cabaran besar buat saya.  Pengalaman ini adalah pengalaman yang akan jadi panduan yang berguna buat pembaca di luar sana.
                Saya telah dipanggil interview oleh sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Kuala Lumpur.  Sewaktu saya masuk untuk mendaftar kelihatan beberapa calon lain telah pun beratur panjang di sebuah auditorium untuk menunggu panggilan ditemuduga.
                Saya menyertai mereka kemudiannya dan cuba untuk berbual dan berkenalan dengan beberapa calon yang lain.  Menurut mereka temuduga kali ini dijalankan secara berkumpulan.  Satu kumpulan terdiri dari empat hingga lima orang.
                Tidak berapa lama selepas itu, nama saya dipanggil diikuti dengan empat orang calon yang lain. Perasaan cemas mula menjelma saat kaki ini melangkah keluar dari auditorium.  Sempat juga saya menyapa beberapa calon yang turut sama menyertai kumpulan itu saat kami berjalan ke bilik temuduga.  Seorang daripadanya adalah bekas pekerja sebuah bank dan mempunyai pengalaman 10 tahun dalam kerjayanya.  Seorang lagi adalah graduan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya. 
                Melihatkan mereka berempat, hati saya berkata.  Mungkin mereka ini lebih hebat dari saya.  Lihat saja dari segi penampilan dan gaya langkah kaki mereka, mereka nampak yakin dan berkarisma. Cara mereka bertutur juga kedengaran begitu intelektual jika dibandingkan dengan saya yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang pekerjaan ini.   Seorang pekerja yang membawa kami ke bilik temuduga meminta kami untuk terus masuk ke dalam bilik itu.
                Calon bekas pekerja bank itu telah dahulu masuk mendahuli kami berempat dan diikuti dengan calon yang lain.  Saya adalah calon terakhir yang mengekori mereka dari belakang.  Tiba-tiba penyakit Inferiority Complex menyerang minda.

                5 orang penemuduga duduk di hadapan kami.  Kami diminta untuk duduk setentang dengan panel-panel penemuduga itu.  Dari lima pasang mata yang memandang, sebagai calon temuduga saya juga mempunyai first impression yang tersendiri terhadap mereka.
                Seorang panel hanya menunduk dan sibuk meneliti fail-fail resume kami.  Seorang menyambut kami dengan senyum sinisnya.  Seorang kelihatan begitu serius dan seorang lagi kelihatan ramah mempersilakan kami duduk.  Temuduga diteruskan dengan soalan-soalan berikut:

Soalan Pertama: Ceritakan mengenai diri anda dan mengapa anda layak untuk jawatan ini
[Calon bekas pekerja bank tadi menawarkan dirinya untuk memperkenalkan dirinya.  Saya memilih untuk menjadi orang ketiga memperkenalkan diri]

Soalan Kedua: Anda tahu produk syarikat kami?  Sebutkan apa yang anda tahu
[Kali ini semua terdiam, namun salah seorang dari kami menyambut soalan itu dengan menceritakan beberepa siri aktiviti syarikat dan produk terbaharu syarikat kepada panel penemuduga]

Soalan Ketiga: Ceritakan pengalaman anda [berkaitan dengan jawatan]
[Setiap orang diberikan masa selama 5 minit dan mereka meminta calon yang paling hujung sekali untuk menceritakan pengalaman mereka]

Soalan Keempat: Kerja yang kami lakukan ini adalah sukar.  Anda perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang tinggi.  Anda bukan hanya bekerja di dalam pejabat tapi anda juga perlu untuk bertemu dengan pelanggan.  Kadang-kadang anda perlu bekerja di hujung minggu untuk memenuhi acara dan majlis syarikat.  Adakah anda sanggup untuk bekerja dengan kami?

[Kali ini panle-panel penemuduga kelihatan begitu teruja.  Mereka begitu ternanti-nantikan jawapan kami untuk melihat sejauh mana kami mampu untuk memenuhi kehendak mereka bagi jawatan itu]

Soalan Kelima: Apakah hobi anda?  Boleh nyatakan apakah prinsip hidup anda dan mengapa anda berpegang dengan prinsip itu?

[Ada calon yang menyatakan prinsip hidupnya dengan jelas.  Ada yang mengaitkan prinsipnya dengan prinsip syarikat. Ada calon yang terpaksa menjawab soalan bertubi-tubi tentang pendirian prinsipnya]

Soalan Keenam: Siapakah anda 5 tahun dari sekarang?
[Soalan ini bertanyakan mengenai cita-cita dan hala tujuan calon dan kesesuaian mereka dengan jawatan itu]

Soalan Ketujuh: Kami mempunyai 5 lokasi operasi di Kuala Lumpur.  Jika anda terpilih, lokasi yang manakah yang anda mahukan, Mengapa?

[Soalan ini adalah soalan terakhir sebelum sesi temuduga tamat.  ]    GRAPE DOT COM   


ARTIKEL SEBELUM INI: INTERVIEW MELALUI TELEFON

No comments:

Post a Comment