Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

PENGALAMAN INTERVIEW SAYA

KELUARAN: 1 [15.4.2014]

PENGALAMAN INTERVIEW SAYA
DITULIS OLEH: YAYA ABDULLAH

Pengalaman interview saya yang pertama adalah selepas tiga bulan saya tamat belajar.  Masih ada beberapa bulan sebelum saya menghadiri majlis graduasi saya.  Interview saya yang pertama adalah melalui panggilan telefon.  Saya telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Dr. Kumar.  Dr. Kumar merupakan pemilik klinik swasta di Kuala Lumpur.

Dr.Kumar:
Yaya, saya ada terima resume kamu melalui laman web pencari kerja xxxxx. 

Yaya:

Ah, ya…betul tu.  Saya ada apply jawatan sebagai Sales Executive untuk kliik Doktor.
Dr.Kumar:
Nampaknya awak masih fresh graduate dan saya rasa awak perlukan pengalaman untuk bekerja bukan?
Yaya:
Ya, betul tu doktor
Dr.Kumar:
Kalau tengok qualification awak,awak memang sesuai untuk kerja Sales Executive sebab awak ambil degree business.  Saya sebenarnya nak mempromosikan klinik saya sebagai klinik panel di sekitar K.L…Bagaimana?  Awak rasa awak boleh lakukannya?
Yaya:
[Saya rasa nervous juga ketika itu.  Mana tidaknya, saya tak pernah buat kerja sales secara individu]
Di sekitar KL ya?  Saya akan cuba lakukan yang terbaik Dr memandangkan saya sebenarnya sudah biasa lakukan beberapa projek marketing di tempat saya praktikal sebelum ini.  Setiap minggu saya akan ditugaskan untuk Sales Hunting.
Dr.Kumar:
Baiklah Yaya…Kerja ni awak perlu buat seorang.  Saya nak awak pergi ke beberapa syarikat besar sekitar KL untuk kerja ni.  Awak rasa awak boleh ke?
Yaya:
Saya akan lakukan yang terbaik Dr.  Kalau saya tak cuba, saya sendiri tak tahu kebolehan diri saya.
Dr.Kumar:
Kalau awak betul-betul berminat dan mahu tambah pengalaman awak, awak boleh datang ke klinik saya esok.  Saya akan tunggu kedatangan awak Yaya
Yaya:
[Teruja]
Baiklah doctor. Terima kasih sebab beri peluang kepada saya. GRAPE DOT COM



No comments:

Post a Comment