Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

HOBI : PANTAI CHEROK PALOH

SEKITAR PANTAI CHEROK PALOH, KUANTAN


Ramai yang tidak tahu mengenai Pantai Cherok Paloh.  Pantai Cherok Paloh lebih kurang 35 km daripada bandar Kuantan, berhampiran dengan UMP (Universiti Malaysia Pahang) cawangan Pekan.


Tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan pantai ini memandangkan ramai yang lebih prefer untuk pergi ke Pantai Teluk Cempedak.  Bagi sesiapa yang berminat untuk menikmati pantai yang bersih dan lebih bebas (privacy bersama keluarga) di sini adalah tempat yang tepat.


Pertama kali saya datang ke sini, saya terus jatuh cinta dengan tempat ini.  Langit biru yang luas terbentang lagikan berteman dengan angin sepoi-sepoi bahasa dari pantai.  Sewaktu saya dan keluarga sampai di sini, kelihatan seorang lelaki bersama dengan dua anaknya yang sibuk dengan pancing masing-masing.



Pasirnya pun putih bersih


Antara aktiviti lain yang boleh dibuat adalah mengutip siput dan cengkerang!


*sekian*

No comments:

Post a Comment